:: Wajah Baharu Bilik UPP 2021 ::

 Selepas tamat SPM 2020.. Proses mengemas kini bilik UPP dijalankan... Selain cat dinding yang diubah warna, susun atur bilik ini juga sedikit berubah.. soket yang rosak juga telah dibaiki oleh pihak sekolah..


Cat dinding telah ditukar daripada warna hijau kepada warna ungu lembut yang diharapkan dapat membuat bilik ini kelihatan lebih terang dan luas. Berikutan pandemik COVID-19 yang masih belum nampak penghujungnya.. Langsir dan skirting meja tidak dipasang. Proses pengemaskinian bilik ini masih dijalankan dari masa ke masa...

Sehingga kini bilik ini masih belum mempunyai komputer atau mesin pencetak yang berfungsi dengan baik.. Diharapkan dengan perubahan ini dapat memberikan lebih suasana yang lebih kondusif.



No comments:

Post a Comment