Ujian Lisan Bahasa Tamil 6354/3
Selasa ; 16 November 2021 ; Perpustakaan Sekolah
Sebagai makluman, bermula tahun 2021 ini Peperiksaan SPM menggunakan format dan tatacara baharu. Oleh yang demikian, semua pihak terutamanya calon perlu sentiasa peka dan ambil maklum setiap makluman yang dikongsikan oleh pihak sekolah mahupun pihak Lembaga Peperiksaan dari semasa ke semasa.
Bagi mata pelajaran Fizik, Kimia dan Biologi akan diadakan ujian amali sains (UAS) pada bulan Januari. Manakala bagi mata pelajaran bahasa akan diadakan ujian mendengar dan ujian lisan dan bagi mata pelajaran Pendidikan Islam juga turut menjalankan penilaian lisan dan bacaan. Penilaian-penilaian ini adalah wajib bagi semua calon yang mendaftar mata pelajaran berkenaan. Kegagalan calon melaksanakan penilaian ini akan memungkinkan calon mendapat gred 'T' dalam SPM atau dengan erti kata lain 'tidak lengkap / gagal'.
Oleh yang demikian, pihak sekolah amat mengharapkan kerjasama dan komitmen semua calon SPM 2021 dalam setiap penilaian berkenaan.
No comments:
Post a Comment