Pada 28 Julai 2021, Rabu, telah berlangsung hari penyerahan sijil tamat sekolah dan juga penyerahan sijil SPM kepada semua calon SPM 2020. Oleh kerana negara masih lagi berada dalam fasa kawalan pergerakan, maka pengambilan sijil ini telah dijalankan secara berperingkat dengan semua pihak perlu mematuhi S.O.P serta masa yang telah ditetapkan.
Murid atau wakil perlu mencatat nama di pondok pengawal dan akan diberikan nombor giliran untuk mengelakkan kesesakan di dewan terbuka. Penyerahan sijil-sijil ini dilaksanakan oleh guru kelas masing-masing dengan bantuan daripada penyelaras tingkatan 5.






No comments:
Post a Comment